fb fb fb fb fb

JR JOHORfm di Tangkak berjalan lancar

 

TANGKAK, 7 April- Program Jelajah Ramadan JOHORfm di Tangkak yang berlangsung selama dua hari bermula semalam berjalan lancar.

Pengarah Jabatan Penyiaran Johor, Ramlee Johari berkata, ia salah satu usaha mendekatkan JOHORfm dengan pendengar, selain menyantuni golongan memerlukan sempena Ramadan.

RTM Johor memperuntukkan RM4,500 ringgit bagi sumbangan barang keperluan Aidilfitri kepada 30 asnaf, sementara Kelab RTM Johor, menaja RM5,000 untuk bubur lambuk.

RM20,000 disumbangkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), manakala RM12,000 lagi daripada Yayasan Johor Corporation, yang diserahkan kepada 120 anak-anak yatim asnaf dan 30 golongan asnaf.

Jelas Ramlee, RTM Johor sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu bekerjasama melaksana program-program dianjurkan.

"Kita sentiasa terbuka biasanya yang selalu bersama kita MAINJ, Yayasan JCorp. agensi-agensi lain saya difahamkan KDN juga berminat menyertai program akan datang,"katanya.

Lokasi dikunjungi ialah Surau Al Fauzan, Sekolah Menengah Sains Muar dan Masjid Parit Bunga.


(Pengarah Penyiaran Johor, Ramlee Johari)

Media Baharu