fb fb fb fb fb

JPN akan keluarkan dokumen keselamatan reka bentuk baharu, berperingkat

PUTRAJAYA, 17 Oktober- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan dokumen keselamatan dengan reka bentuk baharu secara berperingkat mulai Januari tahun hadapan.

Dokumen tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini dan berkualiti yang melibatkan 38 jenis dokumen antaranya, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Daftar Perkahwinan, Sijil Kewarganegaraan Malaysia dan Dokumen pengenalan Sementara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia akan meningkatkan aspek ketulenan dokumen menerusi ciri-ciri keselamatan pada reka bentuk dokumen, kertas yang digunakan dan jenis dakwat untuk cetakan keselamatan.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin)

"Dalam kita hendak memastikan bahawa sijil itu tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya, kalau ada pun orang bawa sijil bawa kepada kita, kita tahu sama ada sijil itu sah atau tidak, sijil itu sahih atau tidak adalah dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalamnya.

"Watermark yang digunakan semua orang boleh guna watermark tapi watermark yang ada pada JPN berbeza yang diperolehi oleh mana-mana agensi yang lain" katanya kepada media selepas melancarkan dokumen keselamatan baharu yersebut dan Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke -74 disini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh.

JPN juga akan terus memperkasakan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan menerusi pelaksanaan Tiada Hari Tanpa Operasi Bagi memastikan isu ketulenan dan kesahihan dokumen pendaftaran negara terus terpelihara.

Sehingga kini, sebanyak 471 operasi siasatan dan penguatkuasaan telah dijalankan di seluruh negara dan sebanyak 195 tangkapan dan pendakwaan bagi kes-kes di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Akta 299) telah dibuat.

Media Baharu