PULAU PINANG, 15 Mei - Menjelang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata perjuangan demi dasar serta kebajikan rakyat jadi keutamaannya. Pemilihan kali ini penting bagi membawa hala tuju parti ke arah Pilihan raya Umum ke-16 kelak.
"Sudah pasti semua parti membuat persiapan menuju pilihan raya ini. Jadi, persiapan manifestonya, persiapan gerak kerja peringkat akar umbinya, menyantuni rakyat, menyelesai masalah, memahami isu dasar yang dahulu kita ketengahkan ini akan menjadi antara keutamaan saya sekiranya dipilih menjadi anggota MPP nanti," katanya.
Beliau ditemui media selepas menghadiri Jelajah Kita Keadilan Zon Utara di Dewan Tok Mat Yahoo di Kepala Batas.
Persiapan Jelajah Kita Keadilan yang anjurkan Pejabat Setiausaha Agung PKR bersama Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah berlangsung di beberapa lokasi dan akan diteruskan lagi sebelum Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei depan di Johor Bahru.
Pengundian bagi jawatan MPP telah ditetapkan pada 23 Mei akan datang.