fb fb fb fb fb

JPJ Johor keluar 124 notis kesalahan jalan raya

Foto: FB JPJ JOHOR

MERSING, 15 Julai- Sebanyak 124 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, atas pelbagai kesalahan, hasil pemeriksaan terhadap 197 buah kenderaan di hadapan Jeti Mersing, di sini, semalam.

Menerusi kenyataan Facebook JPJ Johor, antara kesalahan utama dikesan adalah salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), iaitu kenderaan persendirian digunakan untuk membawa penumpang dan bas persiaran tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Penguatkuasaan dilakukan sempena Ops Khas Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam bagi tahun ini.

"Turut dilaksanakan advokasi terhadap kenderaan asing terutama dari Singapura bagi pendaftaran VEP.

"Operasi ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan jalan raya," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk sebarang aduan trafik, boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI