fb fb fb fb fb

Johor pinda hari kelepasan am kepada Rabu ini

JOHOR BAHRU, 2 Mei - Kerajaan negeri Johor bersetuju meminda cuti hari kelepasan am (Cuti Khas Peristiwa) yang diumumkan pada hari ini dipinda kepada 4 Mei.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Gazi berkata keputusan dibuat setelah mengambil kira Hari Raya yang jatuh pada hari ini.

"Pengisytiharan cuti khas peristiwa ini selaras peruntukan kuasa yang diberikan mengikut seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369)", katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Malam tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya hari ini.

Pada Rabu lepas, Onn Hafiz dilaporkan berkata kerajaan negeri Johor memberi cuti kelepasan am pada hari ini sempena sambutan Aidilfitri.

Media Baharu