Johor perluas PKJ, bantu rakyat termasuk M40 miliki kediaman

Datuk Onn Hafiz Ghazi

KULAI, 24 Januari – Kerajaan Johor memperluaskan Program Perumahan Kasih Johor (PKJ) bagi membantu rakyat memiliki kediaman, termasuk golongan M40 di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Johor meluaskan PKJ untuk membantu lebih ramai rakyat memiliki kediaman termasuk golongan M40.
  • Bantuan masuk rumah pertama RM2,000 diberi kepada pembeli rumah bernilai RM500,000 ke bawah.
  • Bantuan beli rumah pertama sekali beri RM5,000 diberikan kepada 20,000 penerima.
  • Peruntukan disediakan untuk menampung program ini bagi memperluas capaian perumahan mampu milik.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia melibatkan Bantuan Masuk Rumah Pertama, yang sebelum ini hanya ditawarkan kepada golongan memerlukan.

“Bagi bantuan ini akan dipeluaskan kepada golongan M40 yang tidak layak membeli rumah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

“Hari ini kerajaan negeri meluaskan bantuan masuk rumah sebanyak RM2,000 kepada pembeli rumah yang berharga RM500,000 ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Penyampaian Inisiatif Perumahan Kasih Johor di sini.

Antara inisiatif lain diperkenalkan, ialah bantuan beli rumah pertama bernilai RM5,000 sekali beri kepada 20,000 penerima untuk rumah RM500,000 ke bawah, melibatkan peruntukan RM80 juta.

Selain itu, meningkatkan bantuan masuk rumah pertama sebanyak RM2,000 untuk setiap penerima bermula tahun ini, dengan peruntukkan RM17.83 juta.