fb fb fb fb fb

Johor fokus isu buli dalam Khutbah Jumaat Khas seluruh negeri

Exco Hal Ehwal Agama Islam Mohd Fared Mohd Khalid

JOHOR BAHRU, 19 Ogos -Khutbah Jumaat Khas di seluruh negeri Johor minggu ini akan memfokuskan kepada keburukan dan larangan perbuatan buli.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ketetapan itu selaras dengan pelaksanaan kempen besar-besaran menentang gejala tidak berperikemanusiaan itu.

"Kempen antibuli turut digerakkan ke seluruh Sekolah Agama Kerajaan Johor serta Institusi Pengajian Islam Swasta.

"Objektif utamanya meningkatkan kesedaran semua lapisan termasuk mahasiswa, pelajar, dan masyarakat awam terhadap kesan buruk perbuatan buli," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau, perbuatan buli bukan sahaja meragut kehormatan dan meruntuhkan jati diri mangsa, malah turut mengganggu emosi mereka hingga menjejaskan kehidupan seharian.

TETITIA YUSOFF