fb fb fb fb fb

JKNJ siasat dakwaan kanak-kanak dua tahun dijangkiti malaria

JOHOR BAHRU, 7 Julai- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menyiasat berhubung dakwaan seorang kanak-kanak berusia dua tahun disyaki dijangkiti malaria di Taman Perling, di sini.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata, "kes tersebut melibatkan seorang kanak-kanak warga tempatan."

Ketika dihubungi pemberita Ling berkata, penduduk setempat dipanggil untuk menjalani ujian darah.

Difahamkan malam tadi, penduduk di Jalan Pekaka, Taman Perling dipanggil untuk menjalani ujian darah bagi membolehkan JKNJ membuat siasatan lanjut.

Bagaimanapun laporan lanjut berkenaan kes itu sedang disiapkan dan akan dihantar kepadanya dengan segera.

(Penduduk di Taman Perling melakukan pemeriksaan kesihatan)

Media Baharu