fb fb fb fb fb

Seorang wanita dan teman lelaki ditahan berhubung kes kematian kanak-kanak

BANDARAYA MELAKA, 7 Julai- Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya berhubung kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun di Hospital Melaka pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, suspek wanita itu merupakan ibu kepada mangsa.

Kedua-dua suspek berumur 24 dan 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan tersebut.

Christopher berkata, "kanak kanak tersebut didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Melaka pada pukul 6.50 pagi dan diberikan rawatan segera namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi."

Mayat mangsa telah dibawa ke unit perubatan forensik untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan awal pihak polis juga telah mendapati mangsa telah dihantar ke rumah teman lelakinya di Cheng pada pukul 5.30 pagi untuk mendapatkan bantuan perubatan kerana muntah-muntah.

Bagaimanapun pada pukul 6.20 pagi teman lelakinya menelefon ibu mangsa dan memberitahu mangsa telah terjatuh serta tidak sedarkan diri.

Ibu mangsa kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lajut.

Pemeriksaan awal doktor mendapati, mangsa mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (A) Akta kanak kanak dan Seksyen 302 kanun keseksaan.

(Tangkap layar kenyataan media Ketua Polis Daerah Melaka Tengah)

Media Baharu