fb fb fb fb fb

JKKP keluar 7 notis larangan kemalangan maut di bengkel Miri

Mangsa dilaporkan tersepit antara struktur kenderaan dan loji 4-post lift ketika menukar minyak ATF

KUCHING, 23 Julai – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak mengeluarkan tujuh notis larangan terhadap sebuah bengkel kenderaan di Miri susulan kemalangan maut membabitkan seorang pekerja lelaki tempatan, Isnin lalu.

Mangsa berusia 22 tahun dilaporkan tersepit antara struktur kenderaan dan loji 4-post lift ketika menukar minyak Automatic Transmission Fluid pada sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira pukul 10.15 pagi.

Mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum dibawa ke Hospital Miri namun disahkan meninggal dunia.

Menurut Pejabat Pengarah JKKP Sarawak, tindakan perundangan akan diambil sekiranya majikan didapati melanggar Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang membawa hukuman maksimum RM500,000 jika sabit kesalahan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE