Jihad ekonomi perkasa daya tahan negara hadapi cabaran global

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/ Foto BERNAMA

KUCHING, 6 April – Usaha memperkasa “jihad ekonomi” dalam kalangan rakyat dan usahawan tempatan terus dipergiat, sebagai langkah memastikan kestabilan ekonomi negara ketika berdepan ketidaktentuan global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sokongan kolektif terhadap inisiatif dan pengorbanan ekonomi memastikan manfaat dinikmati seluruh masyarakat, bukan sekadar individu.
  • Mewujudkan ekonomi tempatan mengurangkan kebergantungan import dan membolehkan pelaburan semula dalam infrastruktur serta pembangunan masyarakat.
  • Jihad ekonomi membuka peluang baharu, termasuk memastikan keterjaminan makanan dan perkembangan industri perkhidmatan, tegas beliau semasa merasmikan Kongres Jihad Bisnes.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setiap inisiatif dan pengorbanan dalam bidang ekonomi perlu disambut secara kolektif oleh rakyat kerana manfaatnya bukan hanya kepada individu, tetapi seluruh masyarakat.

“Ini juga merupakan jihad dan jihad ini peluang untuk wujudkan ekonomi tempatan supaya kita tidak lagi perlu mengeluarkan duit untuk mengimpot barang dan dengan duit itu dapat bangunkan bukan sahaja infrastruktur, tetapi juga masyarakat,” katanya.

Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Kongres Jihad Bisnes 2026 anjuran Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) di sini.

Jelasnya, banyak lagi peluang yang boleh diwujudkan termasuk dalam memastikan keterjaminan makanan dan industri perkhidmatan.