
KUCHING, 29 Ogos – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman dan Serian berada pada kategori sangat tidak sihat setakat pukul 4.00 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Portal APIMS Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengemas kini bacaan IPU bagi negeri ini.
- Sarikei merekodkan IPU 194, menandakan tahap pencemaran udara tinggi.
- Samarahan IPU 182 dan Kuching IPU 180 menunjukkan kualiti udara merosot.
- Mukah 171, Sibu 166; Bintulu dan Kapit masing-masing 156, Samalaju 149.
Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) di portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman merekodkan bacaan tertinggi iaitu 229 diikuti Serian 228.
“Sementara itu, Sarikei merekodkan bacaan IPU 194, Samarahan (182), Kuching (180), Mukah (171) dan Sibu (166).
“Bintulu dan Kapit masing-masing mencatatkan bacaan 156, manakala Samalaju merekodkan bacaan 149,” menurut kenyataan itu.