fb fb fb fb fb

Jenazah Zulkifli Yusuf akan dibawa pulang dalam masa terdekat

FOTO FB Alpine Club Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Jenazah pendaki Malaysia, Zulkifli Yusuf yang meninggal dunia di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat akan dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Terdahulu, Jenazah Allahyarham Zulkifli Yusof, 37, selamat dibawa turun dari lokasi kejadian pada pukul 8.30 pagi, 1 Jun, waktu tempatan.

Pihak pengurusan kumpulan pendaki Alpine Club Malaysia menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan, jenazah kini ditempatkan di sebuah hospital di Anchorage, Alaska dan akan menjalani proses selanjutnya.

Pihak keluarga sedang berurusan dengan syarikat insurans dibantu wakil Konsular Malaysia untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia.

Dua pendaki lain juga masih berada di hospital untuk rawatan akibat, luka beku (frostbite).

Wakil Kelab itu turut berada di sana bagi membantu urusan membawa pulang jenazah dan dua pendaki terlibat.

Terdahulu, media melaporkan Zulkifli Yusuf meninggal dunia pada pukul 6 pagi waktu tempatan, 29 Mei lalu.

Allahyarham meninggal dunia selepas terkandas pada ketinggian 6,190 meter berhampiran puncak gunung berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE