fb fb fb fb fb

Jenazah pendaki wanita berjaya dibawa turun selepas dua hari

FOTO BOMBA

JERANTUT, 8 Februari- Seorang pendaki wanita yang meninggal dunia di Gunung Reskit, di sini pada Selasa lalu berjaya dibawa turun pagi ini.

Jenazah, Zahalita Othman, 52, dibawa turun menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pada pukul 8.30 pagi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat telah diserahkan kepada polis pada pukul 9.15 pagi sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk tindakan lanjut.

Bekalan makanan juga telah disampaikan kepada baki sembilan pendaki yang lain.

Selasa lalu, mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas dan meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi ketika menyertai program pendakian sejak 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, proses membawa turun jenazah terpaksa ditangguhkan disebabkan faktor cuaca.

0802 PENDAKI MAUT 2
FOTO BOMBA

SITI AISHAH BINTI MD ISA