fb fb fb fb fb

Jenazah Komander Muhammad Amir selamat dikebumi di Segamat

Foto RTM

SEGAMAT, 25 April- Jenazah Allayarham Komander Muhamad Amir Mohamad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam FELCRA Bukit Kepong, Segamat, pukul 12.30 tengah malam tadi.

Jenazah dikebumikan selepas solat jenazah kedua di Masjid Al-Muqorobbin, FELCRA Bukit Kepong, pukul 11.00 malam tadi, dihadiri lebih 500 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan FELCRA.

Proses pengebumian turut disertai penduduk FELCRA Bukit Kepong yang membantu warga TLDM.

Sejurus selesai, bendera TLDM diserahkan kepada balu Allayarham, Marliyati Basri oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Laksamana Muda Baharudin Wan Md Nor.

Pengebumian disaksikan ibu bapa Allahyarham, Mohamad Borak, 71 tahun dan Napkiah Ahmad, 71 tahun, bersama ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM