fb fb fb fb fb

Jasa Tun Abdullah sentiasa dikenang dan dihargai

Penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi di ruang solat utama di Masjid Negara/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 April- "Segala jasa dan perit jerih Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa mengetuai pentadbiran negara sentiasa dikenang dan dihargai," itu yang dinyatakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian bekas Perdana Menteri kelima itu yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN).

"Selaku Perdana Menteri yang pernah mentadbir kerajaan sudah pasti banyak jasa beliau kepada negara.

"Adat istiadat penghormatan negara dan pemakaman di Makam Pahlawan yang diberikan kepada beliau merupakan tanda penghargaan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia atas segala sumbangannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah di Masjid Negara di sini.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala perkara baik yang beliau lakukan semasa pentadbiran dan perkhidmatan diberikan ganjaran terbaik oleh Allah SWT,” katanya.

Pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kehilangan besar buat negara, khususnya dalam dunia pentadbiran dan politik tanah air.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI