fb fb fb fb fb

JAKM siri ke-6 di Kelantan tawar 4,000 peluang kerja, saji pelbagai program menarik

KOTA BHARU, 18 Julai- Lebih 50,000 rakyat dijangka memeriahkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Mohammad IV pada 22 hingga 24 julai ini.

JAKM siri ke-6 ini juga menawarkan kira-kira 4,000 peluang pekerjaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, antara acara yang bakal menjadi tarikan adalah wacana ulama yang melibatkan ulama terkenal dari nusantara Malaysia, Indonesia dan Thailand.

"Pelbagai promosi kita adakan di media utama termasuk pihak RTM sendiri. Radio RTM di seluruh negara turut mewar-warkan tentang program ini dan juga di media sosial sendiri dan melalui tinjauan saya daripada semalam, ada juga pelbagai bilboad banting telah pun dipasang untuk mempromosikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia sendiri," beliau berkata demikian kepada RTM selepas menjadi tetamu Konti KELANTANfm dalam segmen Apo Kabar Oghe Kelate.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek

Turut dijangka menarik perhatian ialah program kenduri kampung dan persembahan Muaythai Antarabangsa.

Media Baharu