fb fb fb fb fb

JAKM Kedah capai sasaran

ALOR SETAR, 4 September- Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, JAKM peringkat Negeri Kedah mendapat sambutan luar biasa.

Kira-kira 100,000 pengunjung telah mengunjungi JAKM peringkat Negeri Kedah yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, selamatiga hari bermula Jumaat lalu.

Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi sepanjang penganjuran JAKM dan ia mencapai sasaran yang ditetapkan.


(Ketua Unit Pemantauan SEPADU, Jabatan Perdana Menteri, G. Shanmugam)

Ketua Unit Pemantauan SEPADU, Jabatan Perdana Menteri, G. Shanmugam berkata, jumlah jualan oleh usahawan Industri Kecil dan Sederhana, IKS dan potensi jualan oleh sesi Business Matching mencatatkan angka yang sangat baik iaitu sebanyak RM8.7 juta.

Selain itu, Karnival Kerjaya Jamin Kerja turut berjaya menarik ramai Keluarga Malaysia di Negeri Kedah apabila lebih 1,300 temuduga telah dijalankan serta lebih 500 pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan.

Katanya, pelbagai perkhidmatan kerajaan disediakan secara terus kepada pengunjung dan pelbagai program masih dijalankan sehingga pukul 9 malam ini.

"Saya berharap agar penganjuran JAKM dapat mendekatkan Kerajaan dan Keluarga Malaysia melalui perkhidmatan secara terus dan memudahkan rakyat dimana pelbagai agensi kerajaan telah membuka booth mereka untuk memberikan peluang kepada rakyat di negeri Kedah untuk meluangkan masa, sebarang keperluan mereka, permohonan mereka, sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada wakil kementerian-kementerian di sini," katanya kepada RTM ketika ditemui di program JAKM peringkat Negeri Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, petang tadi di sini.

Kedah merupakan negeri ke Sembilan bagi siri JAKM selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.

Selepas Kedah, Program JAKM akan menyantuni Keluarga Malaysia di Negeri Sembilan pada 7 hingga 9 Oktober depan.



(Selama tiga hari, orang ramai memenuhi JAKM di sini)

Media Baharu