(Foto fail)
PUTRAJAYA, 30 Mac- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) komited dan bersedia meneliti kaedah terbaik yang bersesuaian bagi memastikan proses pengeluaran sijil halal Malaysia menjadi lebih efisien dan efektif.
Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia bagi memastikan dapat memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa tanpa mengabaikan aspek pematuhan hukum serta standard yang ditetapkan.
"JAKIM menyambut baik hasrat dan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta proses pensijilan halal Malaysia ditambah baik dan mengurangkan karenah birokrasi bagi memberi kemudahan kepada industri.
"Sebagai pihak berkuasa di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2011) yang telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, JAKIM di bawah penyelarasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama- sama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa komited dan bersedia melaksanakan kaedah terbaik berhubung perkara itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
(Foto fail)
Artikel berkaitan:
TPM mahu sijil halal dipermudah, kurang birokrasi