fb fb fb fb fb

Isu lompat parti perlu diselesaikan- Annuar Musa


MUAR, 29 Januari- Isu lompat parti dalam kalangan wakil rakyat dan ahli-ahli parti ketika ini, perlu diselesaikan menerusi perbincangan antara pihak kerajaan dan pembangkang.

Perbincangan kedua-dua pihak itu bagi menggariskan perincinan, sebelum dibawa ke parlimen untuk dimuktamadkan.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berpandangan, kata putus tidak boleh diambil secara majoriti mudah, kerana melibatkan pindaan perlembagaan.

"Tafsiran lompat misalnya sebagai contoh, kalau sesebuah parti itu dia keluar daripada satu 'coalition', pergi membentuk satu parti yang lain, adakah itu dikira lompat? Ataupun seseorang itu dipecat, ditendang daripada parti, dia terpaksa jadi anggota parti lain, adakah itu dikira lompat?," katanya selepas Majlis Minum Petang bersama UMNO Bahagian Bakri dan Penyerahan Sumbangan Pascabanjir di Dewan Sri Perkembar Pagoh, Muar.

Ujarnya lagi, perbincangan secara dalaman akan dijalankan di peringkat parti dan gabungan kerajaan.

Media Baharu