Inti pati Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen ke-15

Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini./ foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Januari – Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bermula hari ini dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Baginda bertitah banteras rasuah secara menyeluruh termasuk tindakan tegas terhadap penerima, pemberi dan ejen bersubahat.
  • Perlunya reformasi tadbir urus: Had tempoh PM, asingkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Kebebasan Maklumat.
  • RMK13 fokus pada kesejahteraan rakyat melalui pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.
  • Pentingnya perpaduan, penghormatan MA63, dan bahasa Melayu sebagai teras sistem pendidikan dan identiti negara.

Antara inti pati Titah Diraja Seri Paduka Baginda bagi perasmian Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah menumpukan pada kemajuan dan pencapaian Malaysia, agenda reformasi dalam pentadbiran dan undang-undang, penekanan terhadap integriti dan pencegahan rasuah, serta kepentingan perpaduan dan pendidikan dalam membentuk masa depan negara, khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Pembukaan & Pencapaian Negara:

Pernyataan kesyukuran atas kehadiran dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-15.

Seri Paduka Baginda menzahirkan tahniah atas kejayaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun lalu dan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi positif 4.7% tahun lalu meskipun menghadapi cabaran global, dengan kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah serta kemiskinan tegar pada 0.9%.

Fokus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13):

Tahun ini menandakan permulaan RMK13.

Rancangan ini akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan, dan pengangkutan awam.

Perang Melawan Rasuah:

Penekanan kuat bahawa perancangan tidak akan sempurna jika amalan rasuah berleluasa.

Agong bertitah bahawa Baginda telah berjaya dalam “memburu perasuah” di Kuala Lumpur, namun menyatakan kekecewaan terhadap kes rasuah di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga peringkat tertinggi.

Rasuah juga dipercayai meluas di Jabatan Kastam, Imigresen, Polis, dan termasuk juga dalam kalangan ahli dewan.

Menyeru agar rasuah diperangi secara besar-besaran dan rakyat perlu menjadi “mata-mata” melaporkan jenayah rasuah.

Bukan sahaja penerima, tetapi pemberi dan ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan dengan cepat, tegas, dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Kerajaan perlu menyediakan hakim berpengalaman dan laluan khas di mahkamah untuk mempercepatkan penyelesaian kes rasuah.

Amaran kepada ahli Ahli Parlimen dan pegawai awam menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah, atau melindungi daripada rasuah adalah pengkhianatan negara.

Grafik Titah Diraja Sultan Ibrahim

Keselamatan Negara dan Reformasi Tadbir Urus:

Negara menghadapi ancaman moden terhadap keselamatan digital, integriti maklumat, dan teknologi deepfake yang boleh menyebabkan penipuan serta menggugat kestabilan sosial.

Ancaman jenayah berat, keganasan, dan perbuatan menyentuh isu 3R (Kaum, Agama, Raja) perlu ditangani secara berkesan.

Undang-undang berkaitan keselamatan negara dan ancaman luar negara wajar diwujudkan segera demi keharmonian kaum dan kedaulatan negara.

Usaha mengukuhkan undang-undang pilihan raya, institusi demokrasi, dan pendanaan politik akan dipergiat.

Cadangan reformasi termasuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal (10 tahun), mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, serta memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan Ombudsman.

Sistem Pendidikan dan Bahasa Kebangsaan:

Sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai pembentuk jati diri dan masa depan negara.

Sistem pendidikan baharu mesti selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama dan bahasa kebangsaan.

Sebarang usul untuk mengiktiraf sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.

Baginda bertitah: “Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia.”

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perpaduan:

MA63 adalah asas pembentukan Malaysia, menyatukan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak.

Penting untuk kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia: perpaduan,hormat-menghormati, dan kerjasama erat antara negeri-negeri dan kerajaan persekutuan.

Amaran kepada ahli Yang Berhormat (Ahli Parlimen) agar tidak menghasut sehingga mewujudkan ketegangan wilayah.

Perbezaan pandangan harus diselesaikan secara matang, bukan melalui kebencian.

Hak-hak negeri perlu dihormati, tetapi kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah diutamakan.

Tanggungjawab Ahli Parlimen:

Setiap perbahasan, keputusan, dan undian di Dewan ini bukan hanya pendirian politik parti tetapi menentukan masa depan negara.

Seruan agar melaksanakan tugas dengan penuh amanah, bijaksana, dan bertanggungjawab demi kepentingan seluruh rakyat.

Penutup:

Doa agar Malaysia terus maju, makmur, aman, damai, serta seluruh rakyat menikmati kehidupan yang sempurna, bahagia, dan sejahtera.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan