International Language Camp @ UiTM Perlis perkukuh kerjasama antarabangsa

Foto RTM

ARAU, 31 Januari -Program International Language Camp @ UiTM Perlis merupakan satu inisiatif berimpak tinggi yang dilaksanakan bagi memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa melalui program bahasa dan aktiviti bersama.
  • Menyokong aspirasi UiTM membentuk pelajar holistik, berdaya saing dan berwawasan global.
  • Kelas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digabung dengan sukan untuk tingkatkan keyakinan komunikasi.
  • Menggalakkan interaksi sosial positif antara peserta dari latar belakang budaya berbeza.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Dr. Ahmad Fikri Mohd Kassim berkata, iniasiatif itu juga menyokong aspirasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam melahirkan pelajar yang holistik, berdaya saing dan berwawasan global.

“Program melibatkan kelas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta aktiviti sukan dan riadah yang dirangka bagi meningkatkan keyakinan berkomunikasi, memupuk semangat kerja berpasukan.

“Ia juga menggalakkan interaksi sosial positif dalam kalangan peserta daripada latar belakang budaya yang berbeza,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Program International Language Camp di Foyer Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis.

Seramai 59 pelajar, 11 kakitangan dan lima guru pengiring dari Sekolah Saiburi Islam Wittaya, Thailand menyertai program tersebut.