fb fb fb fb fb

Insiatif tiket penerbangan khas untuk mahasiswa akan dibincang - PM

(Anwar Ibrahim)

SHAH ALAM, 7 April- Perbincangan akan dibuat dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif untuk pelajar menikmati tambang kapal terbang lebih murah, termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insiatif itu mungkin boleh diberikan kepada pelajar setahun sekali bagi mengurangkan beban pelajar terlibat.

"Insiatif bagi pelajar ini masuk akal, kita kena runding dengan syarikat penerbangan.

"Jika ada kad pelajar, mungkin setahun sekali boleh diberikan harga tambang murah. Nanti saya akan bincang dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook," katanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi program Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia, di sini.

Program yang dihadiri lebih 200 mahasiswa itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi mendapatkan input serta pandangan mahasiswa bagi bersama-sama membangunkan Malaysia Madani.

Dalam majlis sama, berliau menyatakan komitmen kerajaan akan memperluaskan bantuan e-wallet 2023 kepada semua mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Mengenai akses internet di universiti, perdana menteri berkata perkara itu antara rancangan segera yang akan dilakukan kerajaan.

(Anwar Ibrahim hadir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi program
Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia)

Media Baharu