fb fb fb fb fb

Inisiatif tenaga diperbaharui diperluas kepada sektor pengangkutan awam

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

SEPANG, 6 April- Kementerian Pengangkutan komited untuk memperluaskan inisiatif tenaga boleh diperbaharui dalam sektor pengangkutan awam dan pelabuhan di seluruh negara.

Menterinya, Anthony Loke berkata inisiatif itu akan dilaksanakan ke stesen pengangkutan awam bagi memperbanyakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui selain mengurangkan kos operasi dalam sektor itu.

"Dasar ini akan diperluaskan kepada operator seperti Prasarana, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan sebagainya. Memang ada perancangan juga untuk dipasang pada stesen MRT dan LRT sebagainya, dipasang solar panel ini", katanya.


(Menteri Pengangkutan melakukan lawatan ke depoh selepas melancarkan
program tenaga diperbaharui ERL di Depoh ERL Salak Tinggi/BERNAMA)

Tambahnya, beberapa operator pengangkutan awam melaksanakan inisiatif berkenaan.

Beliau berkata kepada media selepas melancarkan program tenaga boleh diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Fasa pertama projek itu melibatkan pemasangan panel solar di atas bumbung di stesen Bandar Tasik Selatan dan Salak Tinggi, serta di Depoh ERL di Salak Tinggi.

Dengan pelaksanaan projek itu, ERL dianggap sebagai pengendali rel dan pengangkutan awam pertama di Malaysia yang menggunakan tenaga solar dengan penjimatan kos sebanyak RM140,000 setahun.

Media Baharu