fb fb fb fb fb

Industri pelancongan Sarawak dijangka lebih rancak tahun ini- Karim

Majlis Pelancaran Quick Facts Book dan Kalendar Acara 2024

Kuching 11 Mac- Industri pelancongan di Sarawak terus menunjukan perkembangan positif berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan, tahun 2023 merupakan yang terbaik bagi pemain industri terlibat dan berharap ia dapat diteruskan tahun ini menerusi 88 acara utama dalam kalendar acara negeri.

Katanya selain 88 acara tersebut, banyak lagi acara dan program lain yang ada dalam perancangan termasuk perfileman, temasya sukan, makanan dan budaya yang akan diumumkan menerusi sidang media dari semasa ke semasa.

"Saya tahu jumlah acara yang akan diadakan dalam kalendar pelancongan jauh melebihi apa yang disenaraikan kerana dalam satu tahun kita mengadakan atau meluluskan lebih daripada 200 acara,"katanya.

Beliau berkata demikian di selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Negeri Sarawak di Kuching yang kemudiannya disusuli dengan  pelancaran Quick Facts Book dan Kalendar Acara 2024 serta Anugerah Perlancongan Hornbill Sarawak Ke-9.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Timbalan Menteri Perlancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE