FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR, 14 Februari- Eksport dan keluaran getah dijangka meningkat kepada RM140 billion Ringgit tahun ini, berbanding RM71 bilion pada 2021,
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, prestasi memberangsangkan itu disumbangkan oleh industri tayar dengan eksport tayar meningkat sebanyak 30.5 peratus kepada RM1.7 bilion pada 2021, berbanding RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya.
"Usaha yang lebih agresif akan dipergiatkan untuk membangunkan lagi sektor ini berdasarkan kemajauan, produktiviti dan segala sumber yang dimiliki,
"Dan kita jangkakan 2022 indsutri getah akan memberi pulangan yang lebih tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," beliau menjelaskannya dalam sidang media pelancaran Pameran dan Persidangan Industri Getah Antarabangsa 2022 (IRICE 2022).
Jelasnya, barangan industri getah yang merangkumi produk bagi keperluan sektor automotif, perlombongan dan pembinaan (37.2 peratus) dan kasut (20 peratus) turut menunjukkan peningkatan yang menggalakkan pada 2021.