KUALA LUMPUR, 7 Februari- Indeks Pengeluaran Perindustrian, IPP menyusut 0.1 peratus tahun ke tahun pada Disember 2023 dipengaruhi oleh sektor pembuatan.
Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSM menerusi kenyataan berkata, penyusutan itu selepas merekodkan pertumbuhan positif bagi dua bulan berturut-turut, iaitu pada November dan Oktober 2023.
Kemerosotan pengeluaran pembuatan adalah dipengaruhi oleh penurunan yang berterusan dalam industri berorientasikan eksport.
Penguncupan tersebut disebabkan terutamanya oleh kejatuhan dalam Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal.
Sebaliknya, industri berorientasikan domestik mengekalkan prestasi kukuh sebanyak pada Disember 2023 berbanding pada bulan sebelumnya.
Pengembangan ini dipacu terutamanya oleh pertumbuhan dalam pembuatan produk logam yang direka, kecuali mesin dan kelengkapan, diikuti oleh pembuatan produk prosesan makanan, dan pembuatan produk galian bukan logam lain.
Perbandingan dengan bulan sebelumnya, industri berorientasikan domestik menurun berbanding peningkatan pada November 2023.