fb fb fb fb fb

Iftar Rahmah Ramadan: JAWI turun padang bantu golongan memerlukan  

KUALA LUMPUR, 6 April- Kira- kira 630,000 pek makanan juadah berbuka puasa percuma diagihkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepanjang Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata,
sebanyak 70 buah masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan terbabit dalam menyediakan juadah berkenaan.

"Semoga program ini akan memberi peluang kepada MAIWP dan JAWI, rakan-rakan kerja di bawah agensi agama untuk merapatkan diri secara aktif dengan masyarakat. Sekarang kita sasar bukan nak minta golongan yang susah dan asnaf untuk datang bertemu dengan kita di pejabat-pejabat dan sebagainya. Ini contoh kita mengambil pendekatan untuk turun ke padang," katanya.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar)

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Iftar Rahmah Ramadan di ibu negara.

Program tersebut berkonsepkan “soup kitchen” iaitu dilaksana secara bergotong-royong .

Pek makanan akan diedar kepada golongan sasaran, antaranya golongan B40, asnaf dan petugas barisan hadapan .

Media Baharu