fb fb fb fb fb

HFMD: Kes dijangka turun dua hingga tiga minggu lagi

(Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan ketika hadir pada majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada Kerajaan Jepun melalui Geran Jepun untuk program Pembangunan Ekonomi dan Sosial 2020 untuk Malaysia di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini/BERNAMA)


ALOR SETAR, 9 Jun- Jumlah kes jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dijangka turun dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penularan penyakit itu biasanya berlaku secara bermusim dan apabila tahap imuniti kanak-kanak meningkat, kes jangkitan akan turun dengan sendirinya.

"Tahun ini kita ada teori kenapa ia naik agak mendadak. Satu sebab tadika dan taska dibuka semula, itu yang utama tapi kalau dibanding 2019 juga dia agak tinggi tahun ini berbanding masa prapandemik COVID-19 ini disebabkan kanak-kanak dua tahun tak keluar bila dia tak pernah jumpa virus ini," kata Khairy selepas majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada kerajaan Jepun kepada KKM melalui Bantuan Geran Jepun di sini.

(Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut)

Beliau menjelaskan kebanyakan kes HFMD di negara ini tidak serius.

Namun ibu bapa dinasihat supaya segera membawa anak-anak mendapatkan rawatan sekiranya bergejala dan tidak menghantar mereka ke taska, tadika atau pusat asuhan kanak-kanak sekiranya dijangkiti penyakit itu.

 

Media Baharu