fb fb fb fb fb

HDC sasar lebih 2,400 pengeksport halal tahun ini

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffien Sahari / Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 16 Januari- Halal Development Corporation Bhd (HDC) menyasarkan sebanyak 2,443 pengeksport halal Malaysia bagi tahun ini berbanding 1,600 pengeksport setakat Disember 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffien Sahari memaklumkan, agensi berkenaan akan terus memperkukuh dan berusaha bagi mengenal pasti syarikat tempatan yang berpotensi dalam bidang tersebut ke peringkat antarabangsa.

"Sebenarnya, kalau duduk dalam kategori pasukan halal ini, mereka akan jadi berdaya saing lebih maju, lebih untung kalau bertukar ke halal sepenuhnya, itu HDC dengan JAKIM sedang usahakan.

"Sebab tu kena ada internvensi sama ada isu atau perkara berkaitan, kita kena pantas.

"Kita tidak boleh semata-mata 'reactionary' sahaja, kena proaktif", katanya demikian selepas sesi taklimat bersama editor mengenai Strategi Pacu Ekonomi Halal Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan jumlah angka sebanyak 1,600 syarikat pengeksport halal disifatkan sebagai angka yang masih rendah berbanding permintaan pasaran halal global yang kini melebihi AS$3 trilion.

Menyentuh peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, hairol memaklumkan HDC telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk mempromosi industri halal Malaysia ke peringkat antarabangsa dan mencapai indikator terbaik melebihi sasaran 2400 pengeksport.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD