
KUALA LUMPUR, 6 Mei – Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bertemakan ‘Media Berintegriti, Teras Kredibiliti’, dijadual berlangsung di Pulau Pinang pada 20 Jun depan.
- Sambutan tahunan HAWANA menghargai jasa pengamal media sebagai tonggak penting pembangunan negara.
- Ada pelbagai pengisian bermula dengan Forum Media di Kuala Lumpur; butiran lanjut akan diedarkan kepada media dan di portal hawana.my.
- Majlis kemuncak sambutan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Logo rasmi menampilkan elemen ikonik Jambatan Pulau Pinang sebagai simbol identiti, sejarah, warisan dan kemodenan tuan rumah.
Tema itu dipilih bagi memperkukuh peranan pengamal media sebagai tonggak penting pembangunan negara.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sambutan tahunan yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, itu bagi menghargai jasa pengamal media.
“Ada pelbagai pengisian sepenuh sambutan HAWANA kali ini bermula dengan Forum Media di Kuala Lumpur, esok. Butiran lanjut pengisian HAWANA 2026 akan diedarkan kepada pihak media. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh menerusi portal rasmi HAWANA di hawana.my
“Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim”, katanya dalam Sidang Media Mingguan di Angkasapuri Kota Media.
Logo rasmi HAWANA 2026 pula menampilkan elemen ikonik Jambatan Pulau Pinang sebagai simbol identiti negeri tuan rumah yang kaya dengan sejarah, warisan serta kemodenan.