fb fb fb fb fb

Hasil kajian tangani perubahan iklim di Selangor bakal dibentang

(Exco Perubahan Iklim, Hey Loy Sian menjawab soalan tambahan ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin
pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, di Shah Alam hari ini/ Foto Selangorkini)  

SHAH ALAM, 2 Ogos - Hasil kajian menangani perubahan iklim di Selangor bakal dibentang dalam tempoh empat bulan lagi.

Exco Perubahan Iklim, Hey Loy Sian berkata, perkara tersebut sudah dibincangkan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Selangor yang diwakili seorang profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau menjawab soalan tambahan ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin berhubung perkembangan kajian awal perubahan iklim mengikut kesesuaian infrastruktur sekiranya berlaku banjir di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Pada 21 Mac lalu, Loy Sian memaklumkan kerajaan negeri menubuhkan Pelan Tindakan Teknologi Hijau bagi menangani isu perubahan iklim sekali gus mengurangkan pembebasan karbon.


(Foto fail)

Selain itu, kerajaan negeri turut melaksanakan perbandaran hijau dengan mengguna pakai Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF) dalam perancangan dasar di semua peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sementara itu, Loy Sian berkata kerajaan negeri Selangor bakal membangunkan aplikasi khas menghadapi banjir bagi memudahkan penduduk negeri ini mendapat bantuan.

Katanya, aplikasi itu dapat menghubungkan mereka dengan semua agensi dan sukarelawan berkaitan sekiranya berlaku bencana tersebut.

Media Baharu