fb fb fb fb fb

Hari TLDM ke-89, program lawat kapal perang terima sambutan

GEORGE TOWN, 27 April- Dua buah kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibuka untuk lawatan kepada orang ramai bersempena Hari TLDM ke-89, bermula hari ini.
 
Swettenham Pier Cruise Terminal dipilih sebagai lokasi penganjuran, berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat.

Ia dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, terbuka kepada warga tempatan sahaja dan tiada sebarang caj dikenakan.

Pegawai Laksana KD Mahamiru, Leftenan Mohd Fauzi Ahmad berkata program itu memberi ruang dan pengalaman kepada masyarakat awam untuk melihat dengan lebih dekat aset-aset ketenteraan yang sedia ada.

"KD Mahamiru dan KD Samudera berada di Swettenham Pier, Pulau Pinang untuk memberi peluang kepada warga negeri khususnya untuk mendekati dan melihat sendiri bagaimana kapal-kapal perang TLDM melaksanakan operasi dan juga apa yang terdapat dalam kapal TLDM," kata Mohd Fauzi kepada pemberita RTM hari ini, di sini.


(Pegawai Laksana KD Mahamiru, Leftenan Mohd Fauzi Ahmad ditemui pemberita pada program
berkenaan di Swettenham Pier Cruise Terminal)


Sementara itu, rata-rata pengunjung yang ditemui menzahirkan perasaan teruja dan seronok kerana berkesempatan menaiki kapal perang ini.

"Saya rasa teruja, boleh naik kapal perang TLDM ini buat kali pertama," kata Ismail Hashim kepada pemberita.

"Memang seronok sangat, teruja kerana dapat pertama kali menaiki kapal perang ini. Kita dapat lihat senjata yang TLDM guna seperti meriam dan senapang. Ini kira macam eksklusif lah, dapat tengok aset ketenteraan ini," jelas Yusof Hashim.


 

Media Baharu