fb fb fb fb fb

18 Kes kemalangan maut direkodkan di Johor, minggu pertama Aidilfitri

(Foto hiasan)

JOHOR BAHRU, 27 April- Sebanyak 18 kes kemalangan maut direkodkan di Johor menerusi Ops Selamat 20 bagi minggu pertama Aidilfitri setakat ini.

Ia meningkat satu kes atau 5.88 peratus berbanding, tempoh sama, pada Ops Selamat sebelumnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bagaimanapun, jumlah kemalangan dalam tempoh seminggu ini turun daripada 1,584 kes berbanding 1,603 kes tahun lalu.
 
Jumlah tersebut berkurangan sebanyak 19 kes atau 1.19 peratus.
 
Sementara itu, sebanyak 2,910 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan, dengan 132 individu ditangkap.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1), Seksyen 45A (1) dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.


(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat/BERNAMA)

Media Baharu