Harga sayur Malaysia kekal stabil – Mohamad Sabu

Foto janaan AI/RTM

JOHOR BAHRU, 2 Julai – Malaysia terus mengekalkan harga jualan sayur-sayuran yang stabil berbanding beberapa negara di rantau ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga barangan mentah seperti ayam dan telur terkawal dengan pematuhan tinggi terhadap harga siling.
  • Harga sayur-sayuran bergantung kepada keadaan cuaca; contohnya kangkung dijual tiga ikat RM5.
  • Kementerian akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Ekonomi memastikan kestabilan harga.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, tinjauan di beberapa negara Asia menunjukkan harga pasaran tempatan kekal sederhana.

Harga barangan mentah termasuk ayam dan telur turut berada pada tahap terkawal, dengan pematuhan tinggi terhadap harga siling yang ditetapkan.

“Saya nampak harga barangan berada pada tahap sederhana. Cuma harga sayur-sayuran, seperti biasa, banyak bergantung kepada keadaan cuaca.

“Hari ini, saya lihat kangkung dijual tiga ikat RM5, jadi harganya murah. Begitu juga dengan kacang panjang dan sebagainya, kerana kestabilan harga amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Ceramah Harapan di Pasar Pagi Taman Pelangi di sini.

Pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, serta Kementerian Ekonomi bagi memastikan harga barangan terus terkawal.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.