fb fb fb fb fb

Harga pas perjalanan BAS.MY diturunkan RM30

Inisiatif untuk rakyat Malaysia / Foto RTM

JOHOR BAHRU, 3 November - Harga Pas Perjalanan BAS.MY diturunkan daripada RM50 kepada RM30, berkuat kuasa serta merta.

Penetapan itu bagi membolehkan rakyat menikmati perjalanan tanpa had, seterusnya mendorong lebih ramai pengguna.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif berkenaan khusus untuk warga Malaysia, manakala warga asing perlu membayar harga penuh, mengikut jarak perjalanan.

"Selain itu, tambang BAS.MY percuma akan diteruskan kepada warga emas, orang kurang upaya, pelajar sekolah serta mahasiswa, menerusi Kad konsesi BAS.MY.

"Di Johor Bharu, penggunaan agak tinggi dengan lebih 900,000 setiap bulan. Pengendali BAS.MY di negeri ini turut mencatatkan pendaftaran tertinggi kad konsesi iaitu 18,580 sehingga Oktober lepas", katanya ketika merasmikan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti BAS.MY di sini.

Ketika ini, 162 BAS.MY beroperasi di Johor Bahru, dengan kekerapan perjalanan ke JB Sentral, 15 hingga 20 minit.

FAUZIAH ABD RAHMAN