fb fb fb fb fb

Harga minyak masak tidak bersubsidi turun dua minggu lagi?

KOTA BHARU, 16 Julai- Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka akan turun dalam tempoh dua minggu.

Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya telah memanggil semua pengilang yang terlibat untuk membincangkan perkara itu pada Selasa lalu.

Turut serta dalam perbincangan tersebut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOC) sebagai badan yang mengawal kuota dan lesen pengilang.

"Saya tidaklah memaksa pada masa ini saya nakkan industri ada rasa tanggungjawab jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah sebab akhirnya syarikat juga yang menentukan. Jadi saya ucap terima kasih kerana semua persatuan pengeluar bersetuju dengan syor jawatankuasa.

"Minyak mesti segera diturunkan tak boleh tunggu dua bulan tak boleh tunggu sebulan, jadi saya harap selepas dua minggu dari tarikh saya bertemu mereka saya nak tengok harga minyak turun. Kalau tak turun saya akan panggil mereka semukla dan mereka kena beri penjelasan," kata Annuar selepas meninjau harga barangan di Pasar Ketereh, di sini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pengilang telah membayangkan harga akan diturunkan secara berperingkat pada kadar 5% hingga 10%.

(Tan Sri Annuar Musa di temu bual selepas meninjau harga barangan di Pasar Ketereh,
Kota Bahru)

Harga akan disemak secara mingguan dengan kaedah yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata inflasi yang sedang dihadapi kini adalah inflasi yang sudah diduga kerana ia berlaku secara global.

Walaupun fasa pasca-COVID-19 membolehkan aktiviti kembali berjalan seperti biasa namun berlaku peningkatan permintaan pelbagai industri sedangkan pengeluaran belum pulih sepenuhnya.

Selain itu, peperangan yang berlaku di luar negara turut menjejaskan perdagangan.

Inflasi bergantung pada dasar monetari negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Media Baharu