fb fb fb fb fb

GISBH: KKM nilai tahap kesihatan mental kanak-kanak yang diselamatkan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Oktober- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menilai tahap kesihatan mental kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kanak-kanak yang terjejas mungkin menghadapi isu kesihatan mental akibat trauma yang dialami.

Beliau berkata KKM turut akan terlibat dalam memberikan kaunseling kepada kanak-kanak tersebut.

"Banyak perkara masih dalam siasatan. Kami akan terlibat dari sudut untuk memberi kaunseling dan saya percaya bahagian Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) terlibat di peringkat klinik," katanya kepada media selepas majlis sambutan Hari Warga Emas peringkat KKM 2024, di sini hari ini.

Tambah beliau, kanak-kanak yang terjejas telah diberikan kaunseling, namun statistik terkini masih belum diperoleh.

 

ROSLINA BINTI DIN