fb fb fb fb fb

GISBH: Anak sulung Abuya tunjuk tempat dikurung

Ummu Atiyah (Tengah) anak kepada Ashaari Muhammad, dibawa ke lokasi dipercayai tempat dia dikurung di sebuah perkampungan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Batu Hampar Dalam

BERUAS, 20 Oktober - Anak sulung bekas pemimpin Al-Arqam, Ummu Atiyah Ashaari Muhammad, dibawa ke lokasi dipercayai tempat dia dikurung di sebuah perkampungan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Batu Hampar Dalam, di sini hari ini.

Wanita berusia 41 tahun itu tiba di lokasi berkenaan pada pukul 2.38 petang dengan diiringi lima kenderaan polis.

Kira-kira selama 30 minit di perkampungan tersebut, wanita itu menunjukkan sebuah rumah satu tingkat iaitu lokasi, tempat dia didakwa dikurung kira-kira sebulan.

Sebelum ke lokasi kejadian, pihak polis merakam keterangan mangsa di Balai Polis Padang Gajah, Trong.

Terdahulu media melaporkan Ummu Atiyah mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISB.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang pemimpin GISB pada tahun 2015.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam itu yang dikatakan pernah menjadi mangsa penindasan serta dikurung ahli GISBH.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan empat lelaki yang terbabit mengurung mangsa bagi membantu siasatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN