fb fb fb fb fb

GiatMARA Arau teruskan program CSR bantu masyarakat

KANGAR,15 Mac- Seramai 50 tenaga pengajar dan pelatih GiatMARA Arau serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kangar mengorak langkah memperkasa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Titi Tok Bandar, Kangar.

Program kali ini bagi membantu satu keluarga yang ditimpa musibah setelah rumah didiami musnah dalam kebakaran 15 November lalu serta membersihkan surau di kampung berkenaan khususnya kegunaan menjelang Ramadan ini.

Menurut Pengarah GiatMARA, Harun Radzi, usaha murni ini sebagai satu sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan dengan memanfaatkan kepakaran dimiliki untuk dikongsi bersama.

Sumbangan yang diberikan ini diharap sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pemilik rumah yang terlibat yang kini sedang dalam proses membina sebuah kediaman baharu bagi mengantikan rumah yang musnah dalam kebakaran.

Media Baharu