fb fb fb fb fb

Gerak Rahmah Bubur Lambuk: Tradisi Ramadan perkukuh hubungan kejiranan

Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan KRT

KUBANG PASU, 8 Mac- Aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk bukan sahaja sahaja tradisi di bulan Ramadan namun ianya mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Semangat tersebut dibuktikan oleh penduduk Kawasan Rukun Tetangga KRT Taman Naga Emas dan Taman Seri Naga, Jitra Kedah menerusi  Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan KRT. 

Aktiviti yang dijalankan serentak KRT seluruh negara itu disahut bagi memastikan hubungan tetangga sentiasa aktif.

Program bermula seawal pukul 8.00 pagi itu melibatkan menyediaan bahan-bahan bubur lambuk.

"Seluruh Malaysia buat program ini, jadi kami KRT Taman Naga Emas ini hanya buat satu periuk sahaja, kita akan agih-agih kan," kata Pengerusi KRT Taman Naga Emas, Zainun Man.

Jelasnya, amalan bersatu padu itu selari dengan kehendak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menginginkan semua rakyat hidup bersatu padu bersama kerajaan perpaduan.

Beliau ditemui selepas mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk di kejiranan berkenaan.

Katanya lagi, menerusi peruntukan yang disediakan oleh JPNIN  sepanjang tahun ini ,KRT itu telah merancang pelbagai aktiviti kemayarakatan dan pembangunan insaniah untuk 250 isi rumah di kawasan tersebut termasuk  sambutan ulangtahun  kemerdekaan negara 31 Ogos nanti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE