fb fb fb fb fb

KRT Taman Bunga Padi kongsi rezeki bubur lambuk

Program Jom Kacau Bubur Lambuk anjuran KRT Taman Bunga Pagi, Kangar

KANGAR, 8 Mac- Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bunga Padi mengagihkan lebih 200 pek Bubur Lambuk sempena program Jom Kacau Bubur Lambuk yang dianjurkan KRT Taman Bunga Pagi.

Menurut Pengerusi KRT Taman Bunga Padi, Azmi Kasim, program tradisi setiap kali Ramadan itu bagi menyuntik semangat perpaduan di kalangan komuniti setempat serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Selain itu, program berkenaan juga sebagai tanda keprihatin KRT Taman Bunga Padi bagi menyantuni golongan asnaf dan warga emas ketika Ramadan serta komuniti setempat dalam Taman Bunga Padi berkenaan.

''Sebagai salah satu usaha kebajikan, program ini dapat memupuk kerjasama dan merapatkan hubungan antara KRT dan penduduk untuk bersama-sama berkongsi rezeki," katanya.

Beliau memaklumkannya pada Program Kacau Bubur Lambuk di Taman Bunga Padi yang disertai lebih 30 penduduk BERSAMA Jawatankuasa KRT Taman Bunga Padi yang bergotong royong menyedia dan memasak Bubur Lambuk berkenaan dalam satu periuk besar.

Program turut disertai Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya yang turut sama mengacau Bubur Lambuk.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE