fb fb fb fb fb

Gempa sederhana landa rantau kepulauan Filipina

Foto FB Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Disember - Satu gempa bumi sederhana telah berlaku di rantau kepulauan Filipina pada awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan gempa berkenaan dikesan pada pukul 1.53 pagi tadi dengan kekuatan magnitud 5.5.

Pusat gempa terletak pada koordinat 8.5 darjah utara dan 127.7 darjah timur, kira-kira 163 kilometer ke arah timur dari Bislig, Filipina, dengan kedalaman 10 kilometer.

Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN