
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 dikesan berlaku di utara Laut Maluku pada pukul 9.05 pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa kuat bermagnitud 6.0 dikesan di utara Laut Maluku pada pukul 9.05 pagi.
- Pusat gempa pada koordinat 1.1 darjah utara, 126.1 darjah timur, kedalaman 10 kilometer.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia; pusat gempa kira-kira 112 kilometer tenggara Bitung, Indonesia.
Gempa berkenaan berlaku pada koordinat 1.1 darjah utara dan 126.1 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
METMalaysia memaklumkan pusat gempa terletak kira-kira 112 kilometer tenggara dari Bitung, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, susulan gempa berkenaan.