fb fb fb fb fb

Gempa kuat landa kepulauan Tonga

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Tonga pada pukul 4.47 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa itu, terletak 19.5 darjah selatan dan 174.5 darjah barat dengan kedalaman 138 kilometer (km) iaitu 752km timur dari Laucala, Fiji.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya dalam kenyataan itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI