fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana melanda barat Papua

(Foto FB Metmalaysia)

PETALING JAYA, 14 April- Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Barat Papua, Indonesia pada 11.01 pagi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi gempa berpusat 2.1 darjah Selatan dan 139.0 darjah Timur dengan kedalaman 61 kilometer.

Gempa tersebut dikesan pada kedudukan 193 barat dari Jayapura, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


(Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter
melanda Barat Papua, Indonesia/FB MetMalaysia)

Media Baharu