
KUALA LUMPUR, 8 Mac– Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud melanda utara Sumatera, Indonesia pada pukul 2.05 petang.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 2.1 darjah utara dan 96.7 darjah timur.
- Kedalaman gempa 10 kilometer.
- Terletak 118 km tenggara dari Simeulue, Indonesia.
- MET Malaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.1 darjah utara dan 96.7 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Gempa bumi tersebut berada pada jarak 118 km tenggara dari Simeulue, Indonesia.
MET Malaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu.