Gempa bumi sederhana landa Sumatera, Indonesia

MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 mangnitud melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 12.58 tengah malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa pada koordinat 3.1 darjah selatan dan 101.6 darjah timur, dengan kedalaman 127 kilometer.
  • Berjarak kira-kira 103 kilometer barat laut dari Bengkulu, Indonesia.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan maklumat dan memantau perkembangan gempa.
  • MetMalaysia menegaskan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 3.1 darjah selatan dan 101.6 darjah timur dengan kedalaman 127 kilometer (km).

Gempa bumi tersebut berada pada jarak 103 km barat laut dari Bengkulu, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu.