fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 2 Disember- Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 8.01 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 113 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 422 km tenggara dari Ambon, Indonesia.

Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

SITI AISHAH BINTI MD ISA