fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa timur Honshu, Jepun - MetMalaysia

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 4 April- Gempa bumi kuat 6.1 magnitud melanda luar pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 11.16 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 124 kilometer (km) tenggara dari Sendai, Jepun dengan kedalaman 53km.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

SITI AISHAH MD ISA